Terma
dan Syarat Penyertaan Program Anjuran YOSH
Bahagian
1: Pengenalan
Terma dan syarat ini dirangka untuk
memastikan kelancaran pengurusan program anjuran YOSH. Semua
peserta yang mendaftar dianggap telah memahami dan bersetuju dengan semua terma
yang dinyatakan.
Bahagian
2: Tafsiran Perkataan
Program : Merujuk kepada bengkel,
seminar, atau aktiviti yang dianjurkan oleh YOSH. Penganjur : YOSH dan
pihak yang dilantik untuk melaksanakan program. Peserta : Individu yang memohon
dan menyertai program yang dianjurkan. Organisasi Peserta : Institusi
atau organisasi tempat peserta bernaung, jika berkaitan. Bahagian
3: Pendaftaran
Pendaftaran hendaklah dilakukan secara dalam talian melalui borang
rasmi yang disediakan oleh Penganjur.
Peserta
perlu melengkapkan semua maklumat yang diminta dalam borang pendaftaran.
Tarikh akhir
pendaftaran adalah selewat-lewatnya 10 hari bekerja sebelum program
bermula.
Penganjur akan mengeluarkan surat pengesahan penyertaan selepas
menerima pendaftaran lengkap.
Bahagian
4: Bayaran
Setiap bayaran yang telah dibuat adalah MUKTAMAD dan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN (NO REFUND) sekiranya berlaku pembatalan oleh pihak saya atas apa jua sebab.
Yuran meliputi kos pengurusan program, tempahan tempat, dan logistik.
Sekiranya peserta tidak hadir pada hari program, bayaran tetap tidak akan dipulangkan .
Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan yang perlu tanpa menjejaskan objektif program.
Bahagian
5: Pembatalan dan Penggantian
Peserta yang ingin membatalkan penyertaan perlu memaklumkan secara
bertulis selewat-lewatnya 10 hari bekerja sebelum tarikh program.
Peserta boleh menggantikan penyertaan mereka dengan individu lain
dengan memaklumkan Penganjur selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum
tarikh program.
Bahagian
6: Tanggungjawab Kesihatan
Peserta bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan diri
semasa menyertai program.
Penganjur tidak akan menanggung sebarang kos perubatan sekiranya
berlaku kecemasan atau kejadian tidak dijangka.
Bahagian
7: Penggunaan Data Peribadi
Semua maklumat peribadi peserta akan dikendalikan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(Akta 709) .
Data peribadi peserta hanya akan digunakan bagi tujuan pentadbiran
dan komunikasi berkaitan program.
Bahagian
8: Dokumentasi dan Publisiti
Penganjur berhak mengambil gambar atau video semasa program untuk
tujuan dokumentasi dan promosi.
Dengan menyertai program, peserta bersetuju untuk memberi
kebenaran kepada Penganjur menggunakan gambar dan video mereka tanpa
sebarang pampasan.
Bahagian
9: Perubahan Program
Penganjur berhak untuk membuat perubahan
kepada jadual atau kandungan program atas sebab-sebab tertentu. Sebarang
perubahan akan dimaklumkan kepada peserta secepat mungkin.
Bahagian
10: Persetujuan Peserta
Dengan mendaftar, peserta dianggap telah
memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan. Sekiranya
peserta melanggar mana-mana terma, Penganjur berhak membatalkan penyertaan
tanpa sebarang pemulangan yuran.
Dengan menandakan persetujuan ini, saya mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan akuan di atas.